Monday, May 25, 2009

NABI ADAM(BAB 4)


Kerana menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para malaikatdapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam.Mereka lalu menjawab. “Baiklah ya Tuhan kami, kami dengar dan kami taati segala perintahMu.”


Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan TanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita, manusia sekarang ini.Iaitu ada kepala, ada badan, ada tangan dan kaki. Lalu Allah menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin(batuk) sehinga bergrak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru-parunya.
Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah kesedaran dan pengertian dan dengan kesedaran dan pengertian itu, dia mengucapkan:” Alhamdulillahirabbil ‘aalamiin(Segala puji bagi Allah yang mengatur seluruh alam).


Para malaikat kagum sekagum-kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan berisi pengertian dan kesedaran yang tinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa ala mini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah itu selamanya harus selalu disanjung dan dipuji.


Para malaikat serentak menjawab ucapan Adam: “Yahamkallahu, ya Adam.” Ertinya : “ Allah selalu melimpahkan rahmatnya kepada Engkau ya Adam dan selamatlah”.
Para malaikat lalu berdiri berjejer di sekeliling Adam, lalu sujud dan tunduk hormat kpd Adam, sebagaimana diperintahkan Allah kepada mereka. Hanya iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormat kepada Adam. Dia tetap berdiri dengan sombongnya , tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah.


Allah lalu berkata kepada iblis “Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana yang aku perintahkan?”. iblis menjawab : “ Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Itu beerti aku lebih mulia dari Adam. Maka, tidak sepantasnyalah aku sujud hormat kepada Adam.”


Mendengar sanggahan iblis itu, Tuhan menjadi marah lalu berkata kepada iblis. “ Tempat ini bukan tempat orang menyanggah terhadap aku. Sekarang juga engkau harus keluar dan nyah engkau dari sini.”


Sesudah keluar dan terusir dari syurga, iblis kembali menyanggah dan berkata kepda Allah. “Ya Tuhan, Engkau usir aku dari syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semua anak keturunan aku akan memusuhi Adam dan semua anak keturunannya buat selama-lamanya. Mereka akan aku sesatkan , mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat kejelekan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka.”

No comments:

Post a Comment