Thursday, May 28, 2009

NABI ADAM(BAB 10)


Dengan mata berlinang, sedih dan takut, Adam bersimpuh menundukkan kepala di hadapan Tuhan minta ampun: "Tuhanku! Tuhanku! Ampunilah aku, ampuni aku."


Terhadap Adam, Hawa dan Iblis, Allah menetapkan putusan yang tak dapat di robah lagi dengan berfirman: "Kamu semua harus turun ke bumi. Disanalah tempatnya bagi kamu untuk hidup bermusuh musuhan, tipu menipu, perdaya memperdayakan, berhasad dan dengki. Aku beri kesempatan kepada masing masing kamu untuk hidup di bumi ini di dalam waktu yang terbatas, juga dengan segala macam kesenangan dan kesusahan yang terbatas pula. Nanti akan datang ajal kepada masing masing kamu, lalu masing masing kamu akan Aku panggil kembali kepadaKu, untuk mempertanggung jawabkan apa yang kamu sudah lakukan selama hidup dimuka bumi itu."


Airmata semakin banyak jatuh bercucuran dari mata Adam dan Hawa. Keduanya menangis tersedu sedu, sambil menanggungkan sesal yang tidak terkira hebatnya atas kesalahan, lantaran godaan Iblis.


Kepada Adam dan Hawa kembali Allah berfirman: "Di bumi, kamu akan selalu didatangi dan digoda oleh Iblis dan semua anak cucu dan kakitangannya. Di bumi, kamu akan menghadapi perjuangan yang berat menghadapi mereka. Tetapi kamu jangan takut. Kepadamu dan anak cucumu akan Aku turunkan petunjuk petunjuk (ajaran-ajaran agama). Siapa diantara kamu dan anak cucumu itu yang senantiasa mengikuti petunjukKu itu, dia tidak akan tersesat dan tidak akan sengsara."


Tidak lama kemudian, tibalah Adam dan Hawa dipermukaan bumi yang fana. Diterimanyalah wahyu Ilahi yang pertama yang menyatakan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni dosa dan menerima taubat Adam dan Hawa. Sungguh Allah suka memberi ampunan dan taubat bagi siapa saja di antara hambaNya yang merasa dirinya bersalah dan suka minta ampun dan taubat.


Cerita Adam yang memakan buah terlarang, lalu dikeluarkan dari Syurga dan ditempatkan di bumi ini, sudah menyesatkan banyak manusia dari dahulu sampai sekarang. Mereka katakan bahawa dengan perbuatan Adam itu maka dia sudah berdosa sebesar besar dosa, sehingga Adam diusir Allah ke bumi ini. Bahkan bukan hanya Adam dan Hawa saja yang berdosa besar, melainkan juga seluruh anak keturunannya sampai hari kiamat. Demikian hebat dan besarnya dosa Adam dan keturunannya dengan kesalahan tersebut, tidak dapat diampuni begitu saja, sehingga Allah kerana kasihNya, menjelma menjadi anak manusia melalui perut seorang wanita, lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa tersebut.


Untuk menghindarkan manusia dari kesesatan yang nyata ini, Allah telah mengutus RasulNya yang terakhir, iaitu Muhammad s.a.w., untuk menyampaikan wahyu wahyu dari Allah, iaitu al-Quran. Berulang kali dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa Adam melanggar perintah Allah itu, adalah semata mata kerana terlupa sama sekali bukan kerana sengaja. Sebab itu, Adam dianggap Allah hanya tersalah, dan bukan berdosa yang tidak terampun. Semua kesalahan yang dilakukan manusia kerana lupa, tidaklah dianggap Allah sebagai dosa. Apalagi kesalahan Adam ini hanya sekadar memakan sebiji buah, tidaklah dapat dianggap sebagai kesalahan besar, melainkan hanya suatu kesalahan yang amat kecil dan kecil sekali.


Tetapi bagaimanapun kecilnya kesalahan ini, kerana kesucian dan kesedarannya yang amat tinggi itu, Adam sangat menyesal, Adam mengeluh, Adam minta ampun dan taubat. Seorang yang dapat menyedari akan kesalahannya, bukanlah orang yang berdosa, melainkan seorang yang amat mulia, seorang yang amat suci.


Berulangkali pula didalam al-Quran diterangkan, bahawa Allah sudah berkenan mengampuni kesalahan Adam yang kecil itu. Bahkan bukan hanya diampuni dan diberi taubat saja oleh Allah, melainkan kerana kesedarannya dan penyesalannya itu, Adam menjadi manusia yang terpilih, diberi petunjuk dan diangkat Allah menjadi Nabi. Adalah suatu kesesatan yang nyata, menganggap seorang Nabi orang berdosa.


Begitu pun tentang dikeluarkannya Adam dan Hawa dari Syurga, lalu dipindahkan dan ditempatkan di bumi ini, bukanlah menunjukkan bahawa Adam berdosa. Kerana bukankah telah diterangkan bahawa sebelum Adam melakukan pelanggaran tersebut, Allah sudah menyatakan kepada seluruh Malaikat, bahawa Adam itu diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Ertinya bahawa Adam dan anak cucunya, diciptakan Allah untuk menghuni bumi yang sudah terbentang luas. Adalah suatu kesesatan yang nyata pula, kalau di katakan bahawa manusia ditempatkan di bumi ini, kerana dosa dan kesalahan yang telah diperbuat Adam dan Hawa. Umat Islam harus membersihkan diri dari kesesatan yang nyata ini.


Adam menurut ajaran agama kita Islam, selain manusia pertama, juga seorang Nabi dan Rasul. Kita umat Islam diwajibkan beriman kepada semua Nabi dan Rasul, serta mempercayai bahawa setiap Nabi dan Rasul itu harus bersih dari segala dosa, sekalipun sebagai manusia mungkin saja tersalah, iaitu kerana lupa dan lain lain. Kesalahan bukan dosa. Nabi nabi dan Rasul rasul yang lain pun pernah pula tersalah karena lupa.


Nabi Muhammad s.a.w. pernah tersalah, iaitu mengakhiri sembahyang asar yang seharusnya empat rakaat, sesudah beliau baru saja melakukannya dua rakaat. Setelah diperingatkan oleh para Sahabat yang menjadi makmumnya, barulah beliau sedar, dan beliau langsung meneruskan sembahyang tersebut sampai empat rakaat.


Lebih hebat lagi kesesatan sebahagian manusia yang mengatakan bahawa: kesalahan Adam itu menjadi dosa pula bagi semua anak cucunya sampai hari kiamat, yang mereka katakan dosa asal. Padahal semua manusia yang baru lahir, bersih dari segala dosa, sekalipun ibu bapanya berdosa atau bersalah. Tidaklah adil dan patut kalau seorang ibu atau bapa berdosa, lalu anaknya dianggap berdosa pula karena dosa ibu dan bapanya itu. Dosa itu baru timbul sesudah seorang anak menjadi baligh dan berakal (aqil baligh), kerana perbuatannya sendiri.


Alangkah hebatnya dosa orang yang membawa manusia kepada agama kepercayaannya yang setiap waktu secara berulangkali mengatakan bahawa Nabi Adam berdosa. Mengambinghitamkan seorang manusia suci, Nabi dan Rasul, iaitu Adam, untuk mendapatkan pengikut, bukanlah suatu perbuatan yang suci, melainkan sebaliknya, suatu perbuatan yang tercela dan berdosa pula.


Kisah Adam yang demikian itu disampaikan Allah kepada manusia dengan perantaraan Kitab SuciNya al-Quran, adalah sebagai pelajaran dan peringatan bahawa kita manusia sekalipun makhluk terbaik dan mulia tetapi tetap mempunyai kelemahan. Diantara kelemahan manusia itu ialah sifat pelupa. Dan disaat kita lupa itu, kita dapat diperdayakan dan disesatkan oleh Iblis. Hendaknya berhati hati sekali jangan sampai dapat disesatkan oleh Iblis!

NABI ADAM(BAB 9)


Begitulah Adam dan Hawa tinggal di dalam Syurga. Hidup senang dan bahagia, riang dan gembira. Sedang Iblis yang sudah diusir dari Syurga, selalu berikhtiar untuk dapat masuk Syurga kembali, guna menipu dan memperdayakan Adam dan isterinya.


Pada suatu kali, Iblis berhasil dapat masuk ke dalam Syurga, bertemu dengan Adam dan isterinya. Iblis segera membujuk dengan berkata: "Hai, Adam! Aku datang untuk memberi nasihat yang baik kepadamu. Mahukah kamu aku tunjuk, bahawa di sana itu ada satu pohon yang amat lazat cita rasa buahnya. Bila buah yang lazat itu engkau makan, maka engkau dapat tinggal tetap di dalam Syurga ini buat selama lamanya, dan Syurga ini dapat engkau miliki sebagai satu kerajaan yang tak akan rosak buat selama lamanya bagi engkau berdua."


"Buah apakah gerangan yang engkau maksudkan itu?" tanya Adam kepada Iblis. Iblis menunjuk ke arah pohon Khuldi yang sudah dilarang oleh Allah memakannya. Melihat isyarat Iblis itu, tahulah Adam bahawa Iblis sudah mulai menggoda dan menyesatkannya. Adam lalu berpaling menjauhkan diri dari Iblis.


Tetapi Iblis tidak lekas putus asa. Dia mendapat kesempatan yang kedua bertemu dengan Adam dan Hawa. Segera pula dia memujuk: "Larangan Tuhan kepada engkau berdua memakan buah Khuldi itu, dimaksudkan jika engkau berdua adalah Malaikat. Sedang engkau berdua bukan Malaikat. Jadi engkau berdua tidak terlarang memakannya." Adam dan Hawa tidak mengacuhkan pujukan halus itu. Keduanya berpaling dan menjauhkan diri dari Iblis itu.


Sebagai telah diterangkan, ketika Iblis terusir dari Syurga, ia bersumpah dihadapan Allah bahawa ia dan anak keturunannya sampai hari kiamat akan berusaha menyesatkan Adam dan anak keturunannya. Bila ia gagal dalam usahanya yang pertama dan kedua, ia tidak akan berputus asa, pasti ia akan berusaha untuk ketiga, keempat sampai ke sekian juta kalinya dalam menyesatkan dan menggoda manusia Ia tahu betul, bahawa salah satu kelemahan manusia itu, ialah sering lupa. Iblis menunggu satu waktu, di mana Adam dan Hawa sudah lupa akan perintah Allah yang melarangnya memakan buah terlarang itu.


Pada suatu ketika, setelah diselidikinya, Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa dalam berlengah lengah kerana kesenangan di Syurga itu. Dan Iblis tahu betul bahawa Adam dan Hawa disaat itu sudah merasakan agak lapar atau dahaga. Ia masuk mendapatkan Adam dan Hawa setelah ia memetik sendiri akan buah yang terlarang itu. Langsung dia berkata kepada Adam dan Hawa:


"Makanlah buah ini, demi Allah, aku ini bukan memujuk dan menyesatkan kamu, melainkan semata mata memberi nasihat yang baik, agar kamu berdua dapat menetap di Syurga ini untuk selama lamanya. Makanlah buah ini, makanlah!"


Mendengar Iblis bersumpah dengan menyebut nama Allah, Adam dan Hawa mulai berfikir: "Tentu seorang tak akan berani bersumpah dengan menyebut nama Allah dengan sumpah yang bohong. Iblis itu tentu berkata benar." Disaat Adam dan Hawa mulai ragu ragu terhadap kebenaran perkataan Iblis itu, Iblis menyogokkan buah Khuldi itu kepada Adam dan Hawa. Melihat buah yang ranum dan harum semerbak itu, selera Adam dan Hawa mulai tertarik kepadanya. Adam dan Hawa lalu lupa akan larangan Allah yang melarangnya memakan buah itu. Buah itu diambilnya lalu dimakannya.


Baru saja buah Khuldi itu masuk ke dalam rongga perut Adam dan Hawa, maka lenyaplah pakaian yang menutup aurat keduanya, sehingga kedua suami isteri itu menjadi telanjang. Kedua duanya pandang memandang dengan perasaan malu yang tidak terhingga. Keduanya segera menyembunyikan diri agar tidak dilihat Allah. Keduanya memetik dua helai daun kayu yang terdapat di dalam Syurga, untuk menutup aurat masing masing.
Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Apakah engkau lari dari Aku?"


Jawab Adam: "Bukan aku lari dari Engkau, ya Allah, tetapi aku malu dan takut kepada Engkau." Berkata Allah: "Bukankah Aku sudah melarang kamu berdua memakan buah itu! Dan Aku katakan pula, bahawa Iblis itu adalah musuhmu yang nyata? Tetapi kenapa engkau berdua masih memakan buah yang Aku larang itu?"
Dengan menundukkan kepala serendah rendahnya, Adam dan Hawa minta ampun dan taubat kepada Allah: "Ya Allah Tuhan kami! Kami sudah aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak sudi kiranya mengampuni dan mengasihani kami, sungguh kami akan merugi dan sengsara berpanjangan."


"Ya, Aku perintah, tapi engkau berdua melanggar perintahku," kata Allah pula.
"Maafkan dan ampunilah kiranya kami ini, ya Tuhan," kata Adam dan Hawa serentak.
Kembali Tuhan berfirman dengan marah: "Aku telah beri tempat engkau berdua di SyurgaKu ini, dan Aku sediakan segala apa yang engkau inginkan. Hanya Aku larang engkau berdua memakan buah Khuldi itu. Apakah buah Khuldi itu lebih berharga bagi engkau berdua daripada Syurga dengan segala isinya ini?"


Sahut Adam: "Sungguh tak aku kira Tuhan, Iblis berani berkata bohong kepadaku dengan menyebut namaMu." Allah lalu memutuskan dengan firmanNya: "Demi kemuliaanKu. Engkau berdua harus meninggalkan Syurga ini, turun ke bumi yang sudah lama terbentang, di mana engkau berdua juga dapat hidup, tetapi harus dengan bersusah payah, dan dengan mencucurkan keringat, kadang-kadang juga airmata."

NABI ADAM(BAB 8)


Allah tahu akan penderitaan yang berupa kesepian yang di derita oleh Adam di dalam Syurga itu. Dan Allah kasihan melihatnya. Oleh karena itu Allah akan menciptakan makhluk baru yang sama dengan Adam, tetapi jenis wanita, untuk menyempurnakan segala kekurangan dan kesepian dalam hidup Adam, untuk menjadi isterinya. Dengan tujuan yang lebih tinggi, ialah untuk meramaikan permukaan bumi, untuk membuat sejarah kebudayaan yang lebih menarik.


Sejurus kemudian, Adam mengantuk, lalu tertidur. Di kala dia tertidur itulah, Allah s.w.t. menciptakan manusia kedua, jenis wanita, isteri Adam yang bernama Hawa. Setelah Adam terbangun dan membuka kedua matanya, dia melihat seseorang berdiri di samping, orang yang belum pernah dilihat Adam sebelumnya. Orang itu dipersilakan Adam duduk di sampingnya, dan kepadanya Adam lalu bertanya: "Siapakah engkau, dan siapa namamu?" Hawa menjawab: "Saya adalah wanita, dan aku belum tahu akan namaku sendiri." Bukan main senang dan gembiranya Adam melihat wanita itu berkata dan menggerak gerakkan badannya.


"Engkau aku beri nama Hawa ertinya: Orang yang aku rindukan," kata Adam kepadanya.
Para Malaikat datang dan bertanya kepada Adam: "Siapakah nama temanmu itu, ya Adam?"
"Namanya Hawa," sahut Adam.


Dengan isterinya yang bernama Hawa ini hilanglah kesepian dalam hidup Adam. Keduanya hidup berbahagia di dalam Syurga, aman dan tenteram, tak kenal takut dan lelah, makan-minum sepuas puasnya, kerana segala galanya tersedia serba cukup.
Allah lalu berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di dalam Syurga ini. Makan dan minumlah sepuas puasnya. Tetapi awas, janganlah engkau berdua memakan buah dari pohon ini. Bila engkau berdua memakannya, bererti engkau berdua melanggar perintahKu, dan engkau berdua akan mengalami kerugian besar, dan bererti aniaya terhadap dirimu sendiri."


Selain buah Khuldi itu, di dalam Syurga terdapat banyak dan bermacam ragam buah buahan. Semuanya boleh dimakan oleh Adam dan Hawa. Hanya buah Khuldi itu saja yang dilarang oleh Allah memakannya, agar dengan larangan itu, dapatlah Adam dan Hawa menahan hawa nafsunya, dan dengan adanya larangan itu Adam dan Hawa diuji tentang ingatan dan ketaatannya terhadap Allah. Kerana hanya dengan ketaatan inilah Allah dapat memberikan kesempatan bagi manusia untuk tetap tinggal di dalam Syurga bersenang senang dan berbahagia.


Allah memberikan peringatan kepada Adam dan Hawa agar keduanya menjauhkan diri dari Iblis, jangan sampai menurutkan anjuran dan ajakan Iblis, karena Iblis sudah terang terang menyatakan dirinya sebagai musuh Adam dan anak cucunya buat selama lamanya, dan akan selalu sedaya upaya siang dan malam dengan tidak rasa letih dan tidak bosan bosan, untuk menjauhkan Adam dan semua anak cucunya dari kebahagiaan hidup.
Allah berfirman kepada Adam: "Hai, Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari Syurga ini, sehingga engkau berdua hidup sengsara. Di Syurga ini engkau berdua dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah."

NABI ADAM(BAB 7)


Kepada Adam diajarkan Tuhan pengetahuan berkenaan pokok untuk dapat hidup di permukaan bumi. Allah mengajarkan kepada Adam nama dari tiap sesuatu.
bagi membuktikan kepada para Malaikat, bahawa manusia layak menjadi Khalifah dibumi, dan patut mendapat penghormatan dari Malaikat, Allah lalu memanggil Adam dan Malaikat supaya berkumpul.


Kepada Malaikat Allah lalu berfirman: "Cuba kamu sebutkan nama dari tiap tiap sesuatu yang terdapat di permukaan bumi itu, sekiranya kamu mengetahuinya."
Dengan merendahkan diri serendah rendahnya, Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau, ya Tuhan kami! Kami tidak mengetahui nama nama dari semua itu. Pengetahuan kami hanya sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau saja, ya Allah, yang mengetahui segala galanya."


Allah lalu berkata kepada Adam: "Hai, Adam! Sekarang cuba engkau sebutkan nama dari benda benda itu semuanya!" Dengan segera Adam menyebutkan nama dari tiap tiap benda yang dihadapkan Allah kepadanya, di hadapan kesemua Malaikat.


Kemudian itu Allah lalu berfirman kepada Malaikat: "Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu sekalian, bahawa Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui, tentang rahsia rahsia langit dan bumi, Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."


Buat Adam diberi Allah tempat di dalam Syurga. Makanan dan minuman tersedia serba cukup. Begitu juga apa saja yang ia inginkan. Tetapi sayang, Adam tinggal di Syurga itu seorang diri, sebatang kara. Tempat yang sebagaimana bagusnya, makanan dan minuman yang bagaimana juga lazatnya tidaklah memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang sempurna. Manusia memerlukan teman, sekalipun hanya seorang, dengan siapa dia dapat mengemukakan suka dan dukanya, atau kasih dan sayangnya. Teman inilah yang tak dipunyai oleh Adam, sekalipun dia sudah mempunyai Syurga dengan segala kesenangannya. Sebab itu hidupnya selalu dalam kesepian.

NABI ADAM(BAB 6)


Iblis dari awal mengakui kelemehan dirinya menghadapi manusia yang sedar dan iman yang berbentengkan petunjuk Allah dalam hidupnya. Bahkan kalau kita manusia mengerti, dan sedar pula akan kelemahan Iblis dan kekuatan rahsia dari keimanan yang penuh terhadap Allah dan petunjuk Allah, manusia akan selamat dalam kehidupan dunia dan akhiratnya, seterusnya terhindar dari tipu muslihat Iblis atau kesesatan dalam hidup.


Iblis adalah suatu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk-petunjuk Illahi, adalah pula suatu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap.


Begitulah pula manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimananden petunjuk Illahi, akan bermaharajalelalah Syaitan dan Iblis di dalam dirinya.Tetapi, apabila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan.


Iblis adalah suatu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan gelap. Sedang keimanan terhadap Allah dan petunjuk-petunjuk Illahi, adalah pula suatu kekuatan ghaib yang dapat disamakan dengan terang atau cahaya. Bila suatu tempat tidak dimasuki cahaya, pasti tempat itu diisi oleh gelap. Bila tempat yang gelap dimasuki cahaya, pasti gelapnya lenyap.


Begitulah pula manusia sebagai tempat. Bila dia kosong dari keimananden petunjuk Illahi, akan bermaharajalelalah Syaitan dan Iblis di dalam dirinya.Tetapi, apabila manusia mempunyai keimanan di dada dan selalu disiram dengan petunjuk petunjuk Ilahi, segala daya Iblis tak mampu memperdayakan.

NABI ADAM(BAB 5)


Mendengar ancaman iblis itu, Allah lalu berkata: “ Untuk menghindarkan tipu dayamu itu, kepada manusia akan aku beri suatu senjata yang ampuh iaitu akal. Akal itu akan aku bombing dengan petunjuk-petunjuk(agama). Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk-petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan engkau perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat memperbedakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya fikir yang benar. Siapa-siapa yang tak mempergunakan akal dan tidak menurut akan petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggungjawabkan di hadapanKu nanti di hari kemudian(akhirat).


Mendengar ancaman iblis itu, Allah lalu berkata: “ Untuk menghindarkan tipu dayamu itu, kepada manusia akan aku beri suatu senjata yang ampuh iaitu akal. Akal itu akan aku bombing dengan petunjuk-petunjuk(agama). Manusia yang tetap mempergunakan akal dan menurut petunjuk-petunjukKu tidak akan dapat engkau sesatkan dan engkau perdayakan. Dengan akal itu, mereka akan dapat memperbedakan yang baik dan yang buruk. Dengan tuntunan petunjukKu, akal mereka akan mempunyai daya fikir yang benar. Siapa-siapa yang tak mempergunakan akal dan tidak menurut akan petunjukKu, tentu dapat engkau goda dan sesatkan. Ini akan dipertanggungjawabkan di hadapanKu nanti di hari kemudian(akhirat).


Mendengar keterangan Allah itu, iblis terdiam. Tetapi hatinya semakin mendongkol, irihati, dan dengkinya terhadap manusia bertambah memuncak.
Dia berpaling kepada Adam. Mata dan perhatiannya sekarang ini, ditujukannya kepada Adam. Dia ingin tahu di mana letaknya kelemahan-kelemahan jasmani dan rohani manusia. Adam dipelajarinya dari segala segi. Akhirnya iblis berkesimpulan bahawa manusia itu selain mempunyai daya kekuatan berfikir, iaitua akal yang sangat hebat, Manusia juaga mempunyai banyak kelemahan-kelemahannya.


Disamping akal itu, manusia juga mempunyai NAFSU. Dan nafsu itu bermacam-macam. Ada nafsu terhadap makanan vdan minuman, ada juga nafsu terhadap kelamin atau syahwat.ada nafsu terhadap kenderaan ada juga nafsu terhadap pangkat dan kedudukan yang tinggi, terhadap rumah tempat tinggal dan kenderaan di tengah-tengah manusia.
Di tiap-tiap macam nafsu, tabiat dan karakter, terdapat banyak sekali pintu-pintu atau lubang-lubang kelemahan dan saban waktu dimasuki oleh Iblis untuk memperdayakan dan mengacukan kehidupan manusia.


Setelah melihat semua kelemahan itu, Iblis ketawa kecut. Dia ketawa dan gembira, kerana telah berhasil melihat kelemahan manusia. Tetapi hatinya menjadi kecut dan takut , bahawa manusia itu disamping mempunyai kekuatan akal yang hebat, juga dapat mengetahui petunjuk-petunjuk dari Tuhan. Petunjuk Allah itu merupakan benteng berlapis waja yang tak mungkin dapat ditembusi syaitan dan Iblis.

Monday, May 25, 2009

NABI ADAM(BAB 4)


Kerana menyedari akan kedudukan dan kemuliaan Adam, para malaikatdapat mengerti akan perintah Allah untuk menghormati Adam.Mereka lalu menjawab. “Baiklah ya Tuhan kami, kami dengar dan kami taati segala perintahMu.”


Allah lalu menciptakan Adam dari tanah dengan TanganNya sendiri. Berbentuk seperti bentuk kita, manusia sekarang ini.Iaitu ada kepala, ada badan, ada tangan dan kaki. Lalu Allah menggerakkan kedua tangan dan kakinya, lalu ia bersin(batuk) sehinga bergrak sekujur badannya, terbuka kedua matanya, bergerak jantung dan paru-parunya.
Sekaligus ketika Adam membuka kedua matanya, melihat seluruh alam di sekitarnya, timbullah kesedaran dan pengertian dan dengan kesedaran dan pengertian itu, dia mengucapkan:” Alhamdulillahirabbil ‘aalamiin(Segala puji bagi Allah yang mengatur seluruh alam).


Para malaikat kagum sekagum-kagumnya melihat dan mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Adam. Satu ucapan berisi pengertian dan kesedaran yang tinggi. Pengertian dan kesedaran bahawa ala mini seluruhnya diciptakan dan diatur oleh Allah, sebab itu Allah itu selamanya harus selalu disanjung dan dipuji.


Para malaikat serentak menjawab ucapan Adam: “Yahamkallahu, ya Adam.” Ertinya : “ Allah selalu melimpahkan rahmatnya kepada Engkau ya Adam dan selamatlah”.
Para malaikat lalu berdiri berjejer di sekeliling Adam, lalu sujud dan tunduk hormat kpd Adam, sebagaimana diperintahkan Allah kepada mereka. Hanya iblis yang tak mahu sujud dan tidak mahu menghormat kepada Adam. Dia tetap berdiri dengan sombongnya , tidak mahu menjalankan apa yang diperintahkan oleh Allah.


Allah lalu berkata kepada iblis “Bukankah engkau juga makhluk ciptaanKu? Tetapi kenapa engkau tidak sujud dan tidak memberi hormat terhadap Adam sebagaimana yang aku perintahkan?”. iblis menjawab : “ Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Itu beerti aku lebih mulia dari Adam. Maka, tidak sepantasnyalah aku sujud hormat kepada Adam.”


Mendengar sanggahan iblis itu, Tuhan menjadi marah lalu berkata kepada iblis. “ Tempat ini bukan tempat orang menyanggah terhadap aku. Sekarang juga engkau harus keluar dan nyah engkau dari sini.”


Sesudah keluar dan terusir dari syurga, iblis kembali menyanggah dan berkata kepda Allah. “Ya Tuhan, Engkau usir aku dari syurga ini kerana Adam. Aku bersumpah, bahawa aku dengan semua anak keturunan aku akan memusuhi Adam dan semua anak keturunannya buat selama-lamanya. Mereka akan aku sesatkan , mereka akan aku celakakan. Aku akan ajak dan anjurkan kepada mereka untuk berbuat kejelekan dan kerosakan di dalam dunia ini nanti, agar kehidupan mereka selamanya susah dan kacau bilau belaka.”

NABI ADAM(BAB 3)


Pertama-tama kita harus ingat, bahawa Allah memerintahkan malaikat bersujud kepada Adam, bukanlah dalam erti kata menyembah melainkan dalam erti kata menghormati sahaja. Menghormati Adam tidak dapat diertikan menghormati manusia anak cucu Adam. Jadi, penghormatan ini khusus terhadap peribadi Adam.


Mengapa peribadi Adam harus dihormati oleh para malaikat? Hal ini disebabkan oleh peribadi Adam mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang banyak sekali dan luar biasa, yang tidak dipunyai oleh manusia-manusia yang lainnya atau makhluk yang manapun juga. Keistimewaan-keistimewaan yng luarbiasa itu adalah sebagai berikut:-


  1. Adam adalah manusia pertama. Sebelum ADAM , belum ada manusia. Seluruh manusia selain Adam, semuanya turunan Adam. Di antara manusia turunan Adam itu, ada yang menjadi nabi-nabi dan Rasul-rasul, menjadi orang-orang yang suci. Di antaranya ada orang-orang pandai dalam pelbagai bidang, yang menyebabkan kemajuan-kemajuan hebat bagi manusia dari abad ke abad. Lihatlah kemajuan anak cucu Adam sendiri yang menjadi perosakdan penjahat. Sebab itu, memang sepantasnya kalau para malaikat memberikan penghormatan kepada Adam sebagai manusia pertama dan mempunyai keturunan yang hebat-hebat.


  2. Adam diciptakan Allah dengan tangaNya sendiri.Sedang makhluk-mahkluk lainnya, seluruhnya diciptakan Allah dengan perkataanNya. “Bila Allah menghendakki Sesuatu , Ia hanya berfirman: “Jadilah!”Maka jadilah apa yang dikehendaki Allah itu. Hanya Adam yang Allah ciptakan dengan keduanya TanganNya. Demikianlah menurut Al-Quran .Sedang menurut hadis, selain Adam ada juga ‘Arasy’ dan dan syurga. Adam yang diciptakan oleh Allah dengan tanganNya. Maka, sudah sepantasnya kalau para malaikatdiperintahkan Allah menghormati Adam. Kerana ia diciptakan Allah dengan tanganNya, Adam adalah manusia terhormat yang tiada taranya di alam ini.


  3. Selain manusia pertama yang diciptakan dengan TanganNya, Adam juga adalah seorang nabi dan seorang yang mendapat wahyu dari Allah. Menurut sebahagaian ulama, para nabi dan rasul mmg sama darjat kemuliaannya dengan para malaikat. Bahkan ada pula ulama berpendapat para nabi lebih tinggi darjat kemuliaannya berbanding malaikat kerana Jibril sebagai malaikat tertinggi pula menjadi pengantara antara Allah dengan para nabi dan Rasul.


  4. Seperti halnya dengan para malaikat, maka Adam pun mempunyai kesedaran dan pengertian(akal), sehingga Adam dan turunannya dapat menyedari akan kebesaran Allah yang menciptakan dirinya dan seluruh alam, dapat menyedari dan mengerti akan larangan-larangan dan perintah-perintah Allah.


  5. Adam dan manusia diiptakan Allah dalam sebaik-baik kejadian, kerana terdirri dari[ada jasmani dan rohaniroh, akal, hati dan nafsu).sehingga ia menjadi makhluk yang berperadaban dan berkebudayaan , terus maju dan tidak beku.


  6. Adam dan turunannya diciptakan Allah untuk menjadi Khalifah (penguasa dan pengatur) di bumi, sebagaimana Allah menciptakan malaikat sebagai khalifah di langit. Jadi, sebagai satu pejabat, harus menghormati pejabat yang lainnya. Jadi saling menghormati antara satu sama lain. Sebab sebagai pengembang tugas atau jabatan, sekalipun berlainan sifat dan tempatnya, tetapi sama kedudukannya, sama-sama petugas. Yang berbeza adalah manusia di bumi malaikat pula dilangit.


NABI ADAM(BAB 2)


Kemudian diciptakan Allah pula Adam sebagai manusia pertama, untuk menempati bumi luas yang terbentang , beranak dan berketurunan menjadi manusia yang pelbgai golongan dan berbangsa-bangsa,berserak keseluruh pelosok bumi.


Maksudnya, manusia itu diciptakan Allah, ialah agar manusia itu menyembah dan mensucikan Allah, lalu menjadi pengatur bumi yamg belum teratur, dengan bercucuk tanam, memelihara binatang, mendirikan rumah-rumah, jalan-jalanan dan sebagainya.



Allah memberitahukan kehendaknya ini kepada semua malaikat: “Aku hendak menciptakan manusia untuk menjadi pengatur di muka bumi itu”.



Para malaikat lalu menjawab “Apakah manusia yang Engkau ciptakan untuk mengatur bumi, ya Tuhan kami?”Tidakkah manusia itu nantinya akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah dan berbunuh-bunuhan?” “Kiranya kami selalu patuh dan mensucikan akan Engkau!”



Terhadap saran malaikat itu, Allah lalu berfirman :”Aku lebih tahu akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. “



Ya, Tuhanlah yang lebih tahu rahsia apa yang terkandung dari kejadian manusia ini. Uhanlah yang lebih tahu kenapa kita manusia yang diciptakan Tuhan untuk mengatur bumi, sekalipun Tuhan tentu sudah tahu pula bahawa manusia di permukaan bumi ini akan berbuat kerosakan, akan bersengketa, akan berbunuh-bunuhan menumpahkan.



Tetapi janganlah sampai kita lupakan, bahawa Tuhan juga tahu, bahawa tidak semuanya manusia itu perosak, tidak semua manusia suka bersengketa, berbunuh-bunuhan dan menumpahkan darah. Di antara manusia yang banyak itu, ada banyak pula yang baik, yang selalu berbuat kebajikan terhadap sesama manusia, selalu berusaha dan berjuang untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.



Setelah mendengar jawaban Allah yang pendek, tetapi mempunyai erti dan maksud yang amat dalam itu, semua malaikat menjadi diam, tidak menjawab lagi. Hanya berkata dan berbisik antara sesama mereka: “Memang benar! Tuhan kita mengetahui setiap sesuatu dari perkara yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada perkara yang sebesar-besarnya. Ia mengetahui segala yang zahir dan batin, yang kelihatan oleh mata dan tidak Nampak. Tidak ada satu perkara dan kejadian walau bagaimana kecilnya yang terjadi dilangit dan di bumi atau antara keduanya yang tidak diketahui oleh Tuhan.”



Apa saja yang Allah ciptakan dan perbuat tentu ada guna dan faedahnya, tentu ada maksud dan tujuannya. Tiada satu benda pun yang diciptakan Allah akan sia-sia. Hanya kita sendiri yang tidak atau belum mengetahuinya.



Allah meneruskan firmanNya terhadap para malaikat itu:” Manusia itu, iaitu Adam , akan aku ciptakan dari tanah. Apabila sudah terbentuk dan selesai akan Aku hembuskan kepadanya rohKu, agar ia menjadi hidup, dapat bergerak, berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila Adam menjadi hidup dan berkesedaran, hendaknya kamu sekalian bersujud memberi hormat kepadanya!”



Malaikat adalah suatu makhluk Allah yang mempunyai kesedaran yang amat tinggi. Dengan kesedaran yang amat tinggi, mereka menjadi makhluk yang mulia, selalu bertasbih dan beribadat menjalankan apa saja yang diperintahkan Allah kepada mereka. Mereka tak pernah derhaka atau melanggar perintah-perintah Allah, tanpa makan dan minum, tanpa istirehat atau tidur, mereka selalu melaksanakan segala macam tugas yang dibebankan oleh Allah atas mereka masing-masing sampai hari kiamat.



Bila mereka itu, makhluk yang tinggi dan mulia, mengapa Allah memerintahkan mereka untuk bersujud atau menghormati Adam? Apakah Adam atau manusia lebih tinggi dan lebih mulia daripda malaikat?

Sunday, May 24, 2009

NABI ADAM(BAB 1)


Segala sesuatu yang kita lihat sekarang ini, dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang.


Dengan iradat dan kudratNya, Allah lalu menciptakan segala yang ada dan kita lihat sekarang ini. Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa-apa yang terdapat antara keduanya di dalam waktu 6 hari. Hari yang bukan beerti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini, tetapi hari yang beerti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu-ribu atau berjuuta-juta tahun.


Bila Allah berkehendak akan mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah iaitu “kun” yang memberi erti “jadilah”. Dengan mengucapkan kata-kata “kun” itu, maka tercipta dan terjadilah apa yang dikehendaki Allah S.W.T.


Dengan cara begitu, maka tercipta dan terjadilah bumi dengan lautan dan daratanNya, bergunung –bergunung dan berjurang, lengkap dengan tumbuh-tumbuhan dan binatangnya. Terciptalah matahari dengan cahaya atau sinarnya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang indah dan bintang-bintang dengan cahayanya yang bergemerlapan. Semuanya beredar di angkasa raya dengan peredaran yang teratur mengikut sunnah(penetapan) Ilahi yang menciptakan dan mengaturkannya, bersimpang-siur dan berkejar-kejaran.


Kemudian diciptakan, Allah pula Malaikat-Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perinah Allah yang menciptakannya, mengerjakan ibadat dan tugasnya masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah kepada mereka.


Di antara mereka, ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan pelbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah.